Boboiboy: Fang

sekarang frily mw post kartun kesukaan frily nih .
Fang nongol Musim 1, episode 26 yang mendapatkan kekuatan dari robot kecil berwarna kuning yaitu Ochobot yang di buat oleh Adu Du , eeiisst!.. biar dya kecil tp kekuatan nya WOW! , kekuatan nya adalah manipulasi bayangan , ok mw liat lengkapnya come on down!

Fang
Sebelum bermulanya BoBoiBoy musim kedua, Fang telah mendapat kuasanya dari Ochobot, apabila dia mula-mula membawa robot itu berjumpa dengan Adu Du dan Probe tanpa menyedari niat buruk dua penjahat itu, maka membuat Ochobot buruk sangka terhadapnya. Apapun, sewaktu mereka bolos dari markas penjahat, Fang sempat menawarkan diri untuk melindungi Ochobot dari ancaman Adu Du; akan tetapi, tiba-tiba mereka dikepung semula oleh Adu Du dan Probe. Maka dengan rasa cemasnya Ochobot melepaskan Kuasa Bayang kepada Fang. Akan tetapi, Fang sukar mengawal kuasanya, maka terpaksa Ochobot membahayakan diri dengan mengawal semula Kuasa Bayang. Sebab itulah Ochobot sering mengalami renjatan dalaman hingga pengsan setiap kali melihat wajah Fang mahupun gambarnya, dan mereka berdua tidak mengingati peristiwa itu sehinggalah peristiwa Musim 2, Episod 8, apabila mereka mengingati semula secebis demi secebis peristiwa itu.
Kekuatan
Fang mendapatkan kuasanya dari Ochobot semasa Adu Du dan Probe cuba menangkapnya. Oleh kerana Fang melindunginya, Ochobot memberikan kuasanya kepada Fang. Fang berupaya memanupilasi bayang kepada bentuk yg dikehendakinya menggunakan kedua-dua tangannya.
Serangan Bayang: Manipulasi bayang untuk menyerang lawan.
Harimau Bayang: Lembaga berbentuk harimau yang digunakan untuk menyerang lawan.
Serangan Jari Bayang: Bayang-bayang tangan yang digunakan untuk memerangkap lawan.
Helang Bayang: Lembaga berbentuk burung helang yang digunakan sebagai pengangkutan udara.

Tikus Bayang: Lembaga berbentuk tikus yang boleh menarik perhatian lawan dengan kelajuan pantasnya.
Rupa
Fang berambut pacak berwarna hitam keunguan, memakai sarung tangan separa berwarna ungu serta cermin mata berwarna biru berbingkai ungu dan terdapat huruf 'F' di bahagian tepi bingkainya. Dia juga mempunyai jaket dan sepatu berwarna merun. Selama di sekolah, dia mengikat jaketnya di pinggang manakala di luar sekolah dia memakai jaket merunnya, berbaju kelabu dan berseluar warna biru gelap. Baju olahraga sekolahnya pula berwarna ungu.
Watak
Fang merupakan seorang yang sombong, mementingkan diri, tidak suka bersosial dan suka menyendiri, namun suka menjaga kebersihan. Semenjak melangkah masuk ke Sekolah Pulau Rintis, dia menjadi kesukaan ramai murid perempuan kerana ketampanannya, tetapi setiap kali nama BoBoiBoy dipuji dalam kehadirannya, murid-murid mudah tertarik kepada kisah BoBoiBoy hingga membuat Fang cemburu. Oleh itu, semenjak BoBoiBoy pulang ke Pulau Rintis, Fang menjadi lawan dengan BoBoiBoy untuk merebut populariti.
1 Komentar:
kerenn
Posting Komentar
<< Beranda